Salam kedamaian dan kasih sayang.

Semoga semua pembaca berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Dikesempatan yang ringkas ini, saya ingin berkongsi prinsip 3 BO yang perlu ada di dalam diri insan terbilang dan 3 BO yang perlu dibuang dari dalam diri insan terbilang. BO yang perlu ada ialah BOs, BOleh, BOlos manakala 3 BO yang perlu dijauhi ialah BOdoh, BOrak dan BOntot. Untuk menjadi insan terbilang, seseorang itu mesti berjiwa pemimpin(BOs). lawan bagi sikap BOs ialah BOntot. BOntot maknanya sentiasa terkebelakang. Anda tidak akan berjaya jika sentiasa berada di belakang. Anda juga mesti menjadi seorang insan yang serba BOleh(multi skill) dan tidak hanya menjadi orang yang MultiBOrak. bercakap sahaja tidak akan membuahkan hasil yang terbaik. Anda juga mestilah menjadi seorang yang sentiasa dapat memBOloskan diri daripada pelbagai halangan yang menanti di hadapan. Jangan bertindak BOdoh @ pendek akal.

Mudah-mudahan anda semua akan menjadi luar biasa hebatnya dengan prinsip 3 BO positif dan 3 BO negatif yang saya perkenalkan ini.
Wassalam.
0 Responses

Post a Comment

  • Followers

  • About Me

    My photo
    Diputrakan di Kg Pendek, Kota Bharu Kelantan.Mula bersekolah di S.K.Kota dari darjah 1 hingga 6 kemudian meneruskan pelajaran di SMKA Falahiah dari tingkatan 1 hingga 6 atas. Lulus dengan cemerlang di dalam STPM dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Kaunseling kemudian mengambil Dip of Ed di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Kelab Mahasiswa Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu dan Presiden Kelab Mahasiswa Islam Universiti Malaysia Terengganu . Beliau juga merupakan pemegang kepada Sijil Lawrence Walter Award yang merupakan Chief Master Trainer dan President of The Art Of Learning and International Institute Of Learning Without Learning.Beliau merupakan panel Brain Base Learning dan panel modul Personaliti untuk Sekolah Menengah Imtiaz seluruh Terengganu.Sekarang bertugas sebagai guru kaunseling di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.Beliau aktif di dalam mengendalikan program Power Learning dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, universiti,sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri.