"SIBUK"


Salam motivasi dan kasih sayang.

Semakin hari semakin sibuk kita. Semakin sibuk kita , semakin kita tidak sedari yang semakin meningkat umur kita.Semakin meningkat umur kita bermakna semakin dekat saat untuk kita bertemu Pencipta. Ya.. mungkin ini yang dapat saya pelajari dari peristiwa "sibuk " ini. Bercakap soal "sibuk" mengingatkan saya kepada seorang kawan yang sedang menyambung PHD sekarang ini. Beliau amat tidak suka kepada perkataan "sibuk" kerana bagi beliau, sibuk hanyalah satu perkataan yang bersifat "alasan". semakin banyak kita menyatakan kita sibuk, semakin banyak alasan untuk kita tidak berbuat sesuatu dalam hidup. Mungkin ada benarnya pandangan sahabat saya tadi. Tidak ada istilah "sibuk" tetapi yang ada hanyalah "menyibukkan diri." pelajar juga amat dekat dengan perkataan "sibuk" ini. Ramai yang tidak sempat menyiapkan kerja sekolah kerana "sibuk". Sekali lagi sibuk dijadikan alasan untuk menjadikan manusia untuk tidak berbuat apa-apa.

Bagi saya, sibuk tidak mengapa kerana ia juga bersifat "nikmat". Tanpa sibuk, manusia akan sentiasa tidak dapat melupakan sesuatu peristiwa yang negatif di dalam hidupnya. kerana sibuklah fikiran dapat "berhenti" sekejap daripada memikirkan hal-hal yang demikian. Jadi letakkanlah "sibuk" di tempat yang sebetulnya. Jangan sampai "sibuk" menjadi suatu alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Letakkan sibuk hanya di tangan, jangan sampai dibawa masuk ke dalam hati.

Semoga berjumpa lagi
0 Responses

Post a Comment

  • Followers

  • About Me

    My photo
    Diputrakan di Kg Pendek, Kota Bharu Kelantan.Mula bersekolah di S.K.Kota dari darjah 1 hingga 6 kemudian meneruskan pelajaran di SMKA Falahiah dari tingkatan 1 hingga 6 atas. Lulus dengan cemerlang di dalam STPM dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Kaunseling kemudian mengambil Dip of Ed di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Kelab Mahasiswa Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu dan Presiden Kelab Mahasiswa Islam Universiti Malaysia Terengganu . Beliau juga merupakan pemegang kepada Sijil Lawrence Walter Award yang merupakan Chief Master Trainer dan President of The Art Of Learning and International Institute Of Learning Without Learning.Beliau merupakan panel Brain Base Learning dan panel modul Personaliti untuk Sekolah Menengah Imtiaz seluruh Terengganu.Sekarang bertugas sebagai guru kaunseling di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.Beliau aktif di dalam mengendalikan program Power Learning dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, universiti,sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri.