Power of Imagination
Salam perpaduan dan kasih sayang.

Saudara,mulakan pagi anda dengan Bismillah, mudah-mudahan diturunkan berkat(energi positif),dijauhi laknat(energi negatif),dilimpahi rahmat dan disantuni hidayah. Tariklah kekayaan budi dan kemakmuran hati sebelum datangnya kekayaan harta dan kemakmuran hidup di dunia.Semuanya bermula dengan hati yang positif. Hati yang positif akan mengalirkan energi yang positif. Energi yang positif pula akan menghasilkan suasana yang positif. Aura-aura positif akan terbentuk di dalam diri dan inilah yang akan membuatkan muka kita bercahaya, tubuh lebih bermaya, perasaan lebih ceria, minda lebih bijaksana dan hidup menjadi lebih bermakna.
Tetapi jika kita mulakan dengan hati yang negatif, maka ia juga akan "menegatifkan" keseluruhan hidup anda pada hari tersebut. Ini adalah kerana hati menjadi "suis" utama untuk menggerakkan energi yang ada disekeliling kita.

Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi mengenai kuasa imaginasi(power of imagination). Saya percaya bahawa tidak ada seorangpun di antara kita yang tidak pernah berimaginasi. Tetapi adakah kita tahu bahawa imaginasi kita begitu berkuasa? Kalau kita bertanya kepada orang-orang yang berjaya,pasti mereka akan menyatakan bahawa mereka berjaya kerana mereka meletakkan matlamat yang jelas tentang apa yang inign mereka capai di dalam hidup.Penetapan matlamat adalah salah satu contoh imaginasi. Apabila seseorang meletakan suatu matlamat, apa yang ada di dalam mindanya ialah suatu bentuk gambaran tentang apa yang ingin di capai.Gambaran tadi akan disimpan oleh minda separa sedar dan minda separa sedar ini akan sentiasa mengingatkan kepada anggota tubuh badan yang lain supaya bekerja menuju ke arah apa yang ingin dicapai. Begitulah aturan yang telah Allah susun(sunatullah) kepada kita dalam mencapai apa yang kita inginkan.Samada kita sedar atau tidak, begitulah yang kerap berlaku dalam diri kita.
Sebagai contoh semalam saya dihubungi oleh seseorang yang memang saya berniat untuk berjumpa dengannya untuk bertanyakan sesuatu. Beliau ialah saudara Amin Idris seorang motivator energetik dari RK Training yang sedang meningkat naik sekarang ini. Beliau merupakan senior saya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Kelantan.Saya seperti tidak percaya apabila tiba-tiba abg Amin menelefon dan bertanya khabar tentang keadaan isteri saya dan menjawab persoalan yang ingin saya tanyakan kepada beliau. Satu lagi perkara yang membuatkan saya kagum dan takjub dengan kuasa Allah S.W.T. Kenapa saya nyatakan demikian? Ini adalah kerana apa yang berlaku itu sama seperti apa yang telah saya imiginasikan.Perkara yang sama berlaku lagi pada pagi ini ke atas diri saya.Saya dihubungi pula oleh seorang rakan lama yang memang saya berniat untuk bertemu dengannya untuk berbincang tentang suatu program. Apa yang menarik ialah kedua-dua peristiwa di atas berlaku sejurus sahaja saya berniat untuk berhubungan dengan mereka. Bagaimanakah semua keajaiban ini boleh terjadi? Insyaalah saya akan jelaskan pada tulisan yang akan datang.Jadi,tunggu.. Semoga anda sentiasa ceria dan mendapat manfaat daripada perkongsian yang tidak seberapa ini.

Wassalam

Sir M.F. Rizal
0 Responses

Post a Comment

  • Followers

  • About Me

    My photo
    Diputrakan di Kg Pendek, Kota Bharu Kelantan.Mula bersekolah di S.K.Kota dari darjah 1 hingga 6 kemudian meneruskan pelajaran di SMKA Falahiah dari tingkatan 1 hingga 6 atas. Lulus dengan cemerlang di dalam STPM dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Kaunseling kemudian mengambil Dip of Ed di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Kelab Mahasiswa Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu dan Presiden Kelab Mahasiswa Islam Universiti Malaysia Terengganu . Beliau juga merupakan pemegang kepada Sijil Lawrence Walter Award yang merupakan Chief Master Trainer dan President of The Art Of Learning and International Institute Of Learning Without Learning.Beliau merupakan panel Brain Base Learning dan panel modul Personaliti untuk Sekolah Menengah Imtiaz seluruh Terengganu.Sekarang bertugas sebagai guru kaunseling di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.Beliau aktif di dalam mengendalikan program Power Learning dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, universiti,sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri.