Masalah Sesuatu Yang Positif


Salam perjuangan dan kasih sayang.

Hari ini cikgu ingin kongsikan dengan anda bagaimana ingin menyelesaikan masalah. Sebenarnya masalah adalah suatu cabaran yang harus kita selesaikan. Kita harus menerima masalah tadi dari sudut yang positif. Ada orang yang memberitahu cikgu bahawa bukan semua orang yang dapat menerima sesuatu masalah itu secara positif. Ya, ada benarnya.. biasanya orang yang sebegitu mempunyai sindrom takutkan diri sendiri. Dia menjadi hamba kepada dirinya sendiri. Seharusnya orang yang tidak berjaya untuk berfikiran positif ini mula keluar daripada kepompong pemikiran yang negatif kerana selagi mana anda tidak berani untuk berfikiran positif, selagi itulah anda menjadi hamba kepada diri anda sendiri. Keluarlah dari perhambaan kepada makhluk menuju perhambaan kepada al Khaliq iaitu Pencipta.

Anda memerlukan keinginan yang kuat jika ingin merubah sesuatu. Andalah yang mesti berubah dan bukannya menunggu persekitaran yang berubah. Jika anda berubah, persekitaran akan berubah tetapi jika persekitaran berubah dan anda tidak berubah sebenarnya tidak ada apa-apapun yang berubah.Jadi beranikah anda berubah?? Keinginan yang kuat untuk berubah merupakan prasyarat penting dalam kaedah penyelesaian masalah. Masalah sebenarnya perkara yang baik kerana tanpa masalah(maksud saya cabaran) otak kita akan beku dan tidak energetik.
Jadi terimalah masalah tadi dengan hati yang terbuka dan jangan hancurkan dia tetapi belailah dia dengan penuh strategi dan hikmah.Kita umpamakan masalah tadi seperti batu yang menghadang sebatang jalan yang menyebabkan kereta kita sukar untuk melaluinya, maka alihkanlah batu tadi ketepi dan bukannya dengan menghancurkannya terus. Kalau batu itu berat, mintalah bantuan sahabat-sahabat yang lain untuk sama-sama membantu mengangkatnya ke tepi. Akhirnya kereta kita dapat melalui jalan tadi dengan selamat dan kita juga berjaya mengurangkan risiko yang lebih besar. Dengan srategi tersebut kita dapat menjimatkan tenaga, lebih selamat dan yang paling penting kita akan dapat melalui jalan tadi dengan selamat. Jika kita bertindak mengebom sahaja batu tadi mungkin sahaja nyawa kita akan melayang, kereta kita juga mungkin akan tercalar dan pecah cermin akibat terkena percikan batu dan orang lain disekitar jalan juga akan terluka.

Berubahlah hari ini juga.
Change For Excellence dan selamat mencuba!
0 Responses

Post a Comment

  • Followers

  • About Me

    My photo
    Diputrakan di Kg Pendek, Kota Bharu Kelantan.Mula bersekolah di S.K.Kota dari darjah 1 hingga 6 kemudian meneruskan pelajaran di SMKA Falahiah dari tingkatan 1 hingga 6 atas. Lulus dengan cemerlang di dalam STPM dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Kaunseling kemudian mengambil Dip of Ed di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Kelab Mahasiswa Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu dan Presiden Kelab Mahasiswa Islam Universiti Malaysia Terengganu . Beliau juga merupakan pemegang kepada Sijil Lawrence Walter Award yang merupakan Chief Master Trainer dan President of The Art Of Learning and International Institute Of Learning Without Learning.Beliau merupakan panel Brain Base Learning dan panel modul Personaliti untuk Sekolah Menengah Imtiaz seluruh Terengganu.Sekarang bertugas sebagai guru kaunseling di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.Beliau aktif di dalam mengendalikan program Power Learning dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, universiti,sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri.