BAHAGIA
Salam perjuangan dan kasih sayang.
Hari ini cikgu ingin bercakap soal bahagia. Ya.. setiap orang inginkan bahagia.Punya keluarga bahagia, suami isteri bahagia,anak-anak bahagia dan segalanya bahagia.Pendek kata kita inginkan kehidupan yang bahagia. Ini kehendak orang biasa-biasa.

Pelajar sekalian,

Bagaimana pula kehendak orang yang luar biasa? Kehendak orang yang luar biasa ialah bukan sekadar hidupnya bahagia bahkan matinya juga bahagia. Ya, bahagia di dunia dan bahagia juga di SANA..nak bahagia di sini dan di sana kita perlu kepada hati yang bahagia. Hati bahagia dia tidak dengki. Hati yang bahagia dia tidak iri hati. Hati yang bahagia tidak akan akan kecewa dan hati yang bahagia dia tidak akan merana. Kerana hati yang bahagia tahu bahawa hidup dijadikan untuk bahagia dan membahagiakan.Hati yang bahagia tahu bahawa setiap nikmat adalah kurnia Yang Maha Membahagiakan dan setiap azab adalah tanda kasih sayang ArRahman untuk menuju jalan yang bahagia.

Anak-anak budiman..

Bahagia tidak datang,bahagia perlu dicari. Bahagia itu membahagiakan, bahagia menjauhkan benci.Bahagia itu kesan, hati yang sakinah itu kunci. Justeru,selagi jantung berdegup, bahagia perlu dihidup.Selagi nadi berdetik, bahagia semakin berputik dan selagi darah mengalir, bahagia takkan cair. Carilah bahagia kerana bahagia milik kita. Semoga cikgu bahagia, anda bahagia dan kita semua bahagia. bahagia di SINI dan bahagia di SANA.
Wassalam

Kata-kata Inspirasi:

"Bahagia Tidak Datang,Bahagia Perlu Dicari.Carilah Bahagia Kerana Bahagia Adalah Milik Kita."
0 Responses

Post a Comment

  • Followers

  • About Me

    My photo
    Diputrakan di Kg Pendek, Kota Bharu Kelantan.Mula bersekolah di S.K.Kota dari darjah 1 hingga 6 kemudian meneruskan pelajaran di SMKA Falahiah dari tingkatan 1 hingga 6 atas. Lulus dengan cemerlang di dalam STPM dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Kaunseling kemudian mengambil Dip of Ed di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Kelab Mahasiswa Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu dan Presiden Kelab Mahasiswa Islam Universiti Malaysia Terengganu . Beliau juga merupakan pemegang kepada Sijil Lawrence Walter Award yang merupakan Chief Master Trainer dan President of The Art Of Learning and International Institute Of Learning Without Learning.Beliau merupakan panel Brain Base Learning dan panel modul Personaliti untuk Sekolah Menengah Imtiaz seluruh Terengganu.Sekarang bertugas sebagai guru kaunseling di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.Beliau aktif di dalam mengendalikan program Power Learning dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, universiti,sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri.