Bagaimanakah Ingin Menjadikan Diri Anda Disukai?


Salam perjuangan dan kasih sayang.

Hari ini cikgu ingin berkongsi tips dengan pembaca semua tentang bagaimanakah cara untuk menjadi individu yang disukai oleh orang lain. Tips yang pertama ialah " SENTIASA MEMBERI PUJIAN POSITIF". Hal ini demikian kerana prinsip karismatik yang pertama ialah, "semua manusia suka apabila dirinya dipuji". Secara fitrahnya manusia suka apabila mendapat pujian daripada orang lain. Apatah lagi jika pujian itu datang daripada orang yang dekat seperti ibubapa, abang,kakak, adik beradik ataupun teman-teman rapat.

Pelajar sekalian,

Aktiviti memberi pujian boleh meningkatkan "self esteem" seseorang. Apabila estim diri meningkat, seseorang itu lebih cenderung untuk ceria dan gembira. Ini akan menimbulkan perasaan yang selesa di dalam diri. Apabila kita berjaya meningkatkan estim diri seseorang, maka peluang diri kita untuk disukai akan menjadi semakin besar. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa semakin selesa seseorang itu kepada kita maka semakin tinggilah peluang untuk kita menjadi orang yang dihormati dan disayangi.

Jadi, banyak memberi pujian terutamanya kepada orang yang dekat dengan kita. Ibubapa digalakkan sentiasa memberi pujian jika anak-anak melakukan sesuatu perkara yang baik manakala guru-guru juga sewajarnya memberi pujian jika pelajarnya dapat menjawab soalan dengan betul.Jangan sekali-kali mengeluarkan ucapan yang negatif kepada orang lain kerana ia akan memberi kesan psikologi yang mendalam kepada mereka. Banyakkan juga pujian kepada teman-teman sekeliling anda, nescaya anda akan menjadi seorang yang disukai oleh teman-teman tidak terkecuali guru anda. Tak percaya?Cubalah..

kata-kata inspirasi:

"Berikan hati mu kepada semua manusia nescaya manusia akan memberi seluruh tubuhnya kepada mu.Hadapkan wajah mu kepada Allah nescaya seluruh makluk akan ditundukkan Allah kepada mu"
0 Responses

Post a Comment

  • Followers

  • About Me

    My photo
    Diputrakan di Kg Pendek, Kota Bharu Kelantan.Mula bersekolah di S.K.Kota dari darjah 1 hingga 6 kemudian meneruskan pelajaran di SMKA Falahiah dari tingkatan 1 hingga 6 atas. Lulus dengan cemerlang di dalam STPM dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Kaunseling kemudian mengambil Dip of Ed di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Kelab Mahasiswa Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu dan Presiden Kelab Mahasiswa Islam Universiti Malaysia Terengganu . Beliau juga merupakan pemegang kepada Sijil Lawrence Walter Award yang merupakan Chief Master Trainer dan President of The Art Of Learning and International Institute Of Learning Without Learning.Beliau merupakan panel Brain Base Learning dan panel modul Personaliti untuk Sekolah Menengah Imtiaz seluruh Terengganu.Sekarang bertugas sebagai guru kaunseling di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.Beliau aktif di dalam mengendalikan program Power Learning dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, universiti,sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri.