Persepsi Diri
CG Fakrul Rizal Mohamed Din
undefined
undefinedundefined
Salam perjuangan dan kasih sayang.
"Saya rasa macam tak guna je hidup.. semua benda saya tak boleh buat" luah seorang pelajar.
"Macam mana saya mahu jadi berani cikgu?" tanya seorang pelajar yang lain pula.
Ini adalah beberapa luahan dan pertanyaan yang pernah cikgu dengar daripada mulut pelajar dalam sesi kaunseling kelompok yang dijalankan. Ia berkait tentang persepsi dan pandangan seseorang tentang dirinya sendiri. Ya, cikgu akui bahawa tidak mudah untuk menjadi manusia yang serba tahu atau lebih tepatnya untuk menjadi manusia yang berpersonaliti unggul ini.Cikgu sendiri pernah melalui detik-detik sebegitu. Rasa diri ini tidak guna, tidak hebat macam orang lain, rendah diri dan pelbagai lagi perasaan negatif yang lain.
Cikgu melakukan perubahan kepada diri ketika berada di tingkatan empat kira -kira 11 tahun yang lalu.Sebelum daripada itu cikgu berada di dalam ketagori pelajar yang "biasa-biasa" sahaja. Dalam jumlah pelajar seramai 1000 orang lebih di sekolah,cikgu memang "tenggelam". Ditambah lagi dengan badan cikgu yang kecil. Ketika berada di tingkatan empat, cikgu bermonolog seorang diri,"kalau bukan aku yang nak jaga adik-adik di sekolah selepas daripada ini,nak harapkan siapa lagi?Kalau bukan di sekolah ini aku nak cungkil bakat kepimpinanku maka dimana lagi? dan kalau bukan sekarang aku berubah,maka bila lagi?" Itulah soalan-soalan yang cikgu tanyakan pada diri sendiri. Ego cikgu berasa begitu tercabar dan akhirnya cikgu bangkit!cikgu mula ledakkan potensi diri cikgu. cikgu mula menyertai kelab-kelab dan persatuan. cikgu koreksi diri dimana kelemahan selama ini dan perbaiki satu persatu. Sebelum ini cikgu pemalu. Cikgu atasi dengan cara menyertai pertandingan drama sebabak,forum,dikir barat dan lain-lain. Cikgu mula menyampaikan tazkirah di masjid sekolah, mula memberi respon kepada guru yang mengajar ketika di dalam kelas. Alhamdulillah,sedikit demi sedikit cikgu berjaya mengatasi masalah malu.Jika sebelum cikgu tidak pandai memimpin,cikgu atasi dengan terlibat dengan Badan Dakwah dan Rohani(BADAR),badan pengawas sekolah, badan pengawas asrama, badan beruniform dan lain-lain.Alhamdulillah cikgu banyak belajar tentang ilmu kepimpinan setelah dilantik sebagai exco di dalam badan dakwah dan rohani, menjadi ketua asrama di dalam badan pengawas asrama dan menjadi timbalan ketua pelajar di dalam badan pengawas sekolah.
Sebenarnya banyak lagi hasil yang telah cikgu dapat setelah cikgu mengambil keputusan untuk ubah diri ke arah yang lebih baik. Jadi pelajar-pelajar sekalian, mulakan perubahan dari sekarang kerana anda sebenarnya seorang yang luar biasa hebatnya!
Kata-kata inspirasi:
"Tidak ada istilah kegagalan di dalam kehidupan.Istilah yang ada hanyalah kejayaan yang belum digapai"
Post a Comment